"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Monday, November 25, 2013

Rindu yang tidak dapat ditahan lagi !!!

Rindu hati ini pada kolam tidak dapat dibendung lagi, rentapan rohu seolah –olah merentap jantung ini. Maka dengan kesempatan masa yang ada pada 23/11/2013@10.15am ku melangkah kaki ke kolam dengan seribu harapan . Lokasi yang ku jejaki ialah di salah sebuah kolam di Darul Khusus. Setelah setengah jam pancing dilabuhkan, tiada sentapan pun di hujung, joran….bisikan hati ini ..ermmm mungkin dah lama tak “turun padang” skil pun dah hilang kot..tapi alhamdullilah selepas itu joran ku mula menjerit, dan begitulah setiap 15 minit tarikan demi tarikan ku terima..alhamdullilah…ada juga rezeki hari ini..Maka hasilnya kupaparkan di sini untuk sahabat-sahabat yang sudi melihatnya selama 4 jam memancing di kolam itu.

Ingatan tulus iklas juga buat bonda yang tercinta iaitu Hjh Sepiah yang telah meninggalkan kami sekeluarga, di mana hari ini genaplah pemergian bonda kami selama 2 tahun.. Alfatihah…

No comments: