"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Monday, July 14, 2014

Sabar Menanti !!!

Selamat berpuasa untuk semua sahabat–sahabat ….Alhamdulillah syukur tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. Setelah sekian lama tidak “turun padang” maka pada 2 minggu berturut-turut sebelum berpuasa, saya telah melepaskan “gian”. Al maklumlah, rindu dengan sentapan rohu dan patin tak dapat dilupakan.

Sehubungan itu pada 21 Jun 2014 dan 28 Jun 2014 saya betul-betul melepas “keghairahan diri ini” di kolam...alhamdulillah rezeki Allah Taala telah berikan kepada saya, dimana minggu pertama patin sahaja 27kg berjaya dinaikkan dan minggu kedua pula rohu pula dapat dijinakkan sebanyak 31kg. Kesempatan ini saya abadikan sebahagian gambar-gambar pada 2 minggu berkenaan untuk tatapan sahabat-sahabat, jika sudi untuk melihatnya... Insyallah kita jumpa lagi…Sabar Menanti !!!


Ingatan tulus iklas juga buat kekandaku yang sulong iaitu arwah Hj Ghazali Daud yang telah meninggalkan kami sekeluarga, pada 17 Jun 2014... Alfatihah…
 
 
 
 
 
 

Monday, November 25, 2013

Rindu yang tidak dapat ditahan lagi !!!

Rindu hati ini pada kolam tidak dapat dibendung lagi, rentapan rohu seolah –olah merentap jantung ini. Maka dengan kesempatan masa yang ada pada 23/11/2013@10.15am ku melangkah kaki ke kolam dengan seribu harapan . Lokasi yang ku jejaki ialah di salah sebuah kolam di Darul Khusus. Setelah setengah jam pancing dilabuhkan, tiada sentapan pun di hujung, joran….bisikan hati ini ..ermmm mungkin dah lama tak “turun padang” skil pun dah hilang kot..tapi alhamdullilah selepas itu joran ku mula menjerit, dan begitulah setiap 15 minit tarikan demi tarikan ku terima..alhamdullilah…ada juga rezeki hari ini..Maka hasilnya kupaparkan di sini untuk sahabat-sahabat yang sudi melihatnya selama 4 jam memancing di kolam itu.

Ingatan tulus iklas juga buat bonda yang tercinta iaitu Hjh Sepiah yang telah meninggalkan kami sekeluarga, di mana hari ini genaplah pemergian bonda kami selama 2 tahun.. Alfatihah…