"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Monday, November 9, 2009

Pisang berbuah dua kali ...

Pisang berbuah dua kali adalah sesuatu perkara yang tidak enak di dengar , sebab itu lah orang tua selalu berpesan jangan pisang berbuah dua kali, TETAPI team PK@CA selalu mengharapkan agar pisang berbuah dua kali. Jesteru itulah pada 6/11/2009 - 7/11/2009 jam lebih kurang 10.45pm 4.45am kami semua telah menjadikan pisang berbuah dua kali kerana pada malam dan pagi itu lah patin, rohu dan tongsan serta pacu telah menjadi mangsa kami sepertimana sebelum ini.


Team PK@CA yang telah mengukir sejarah sekali lagi pagi pada malam dan pagi itu adalah terdiri dari kapten pasukan NIK-G & WIFE, Man SK, CK dan Hamba sendiri telah bertarung bermati - matian untuk menghapuskan keegoan ikan-ikan di Kolam Big Boss. Alhamdullilah kami amat amat berpuas hati akan hasil tangkapan kami pada malam itu.Paling meriah malam itu ialah patin 5.10kg, patin 4.45kg, rohu 3.30kg dan tongsan 1.75kg, manakala yang lain lain biasa aje, lebih kurang sekilo ++ aje.


Supaya tidak menghampakan permintaan dari sahabat semua, maka dengan suci hati hamba paparkan di sini akan memori atau detik kenangan indah malam dan pagi itu...jumpa lagi..salam...










Sunday, November 1, 2009

Rindu Membara.....

Rindu yang begitu membara di hati kami maka, tanpa berdolak-dalik kami semua telah sebulat suara turun di Kolam Big Boss pada 30/10/2009, yang mana kami semua amat rindu sekali akan tarikan maut si patin dan rohu di kolam tersebut. Jam lebih kurang 11.15pm Nik-G & Wife, Ustz Ya, CK, Mat, Abg Ipar Mat dan Hamba sendiri(mesti laaa, takan juru tulis blog aje kot, mesti mau pancing juga beb....) telah melabuhkan pancing masing-masing di Kolam dan harapan kami, agar malam yang begitu indah sekali cuacanya ... akan memberikan hasil yang lumayan sekali.....insya'allah....

Bukan nak reka dan bukan nak cakap besar, tapi ini lah realiti sebenarnya yang mana ketika hamba sedang berborak dengan Nik-G, Drat hamba telah menjerit dengan begitu nyaring sekali dan lebih kurang 10 minit maka menjelmalah si patin yang berat lebih kurang 3.kg ++. Selepas itu drat CK pulak berbunyi serta diikuti oleh sahabat-sahabat yang lain ... kesimpulannya, malam itu kami semua mendapat hasil yang lumayan sekali (rujuk pic nanti) sehinggakan tak boleh nak angkat hasil tangkapan malam itu seorang diri, terpaksa di usung oleh 2 orang. Mangsa kami malam itu adalah Patin, Rohu dan Pacu, CK telah dianugerahkan sebagai 'pemancing terbaik..kerana berjaya menaikan ikan yang paling banyak sekali dalam Team kami pada malam itu. A'kum sahabat-sahabat semua, semoga jumpa lagi....
!!!