"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Sunday, December 21, 2008

1st Attempt - Empangan Sungai Pusu, Gombak

Nie trip yang paling mencabar aku experienced stakat nie. Memang thrilled beb... serious! Wokey baik aku perkenalkan anglers2 yang terlibat dalam trip nie:
1. Abg Mat: orang yang berjaya meracun aku utk ikut dlm trip nie
2. Fadhil: Follower
3. Die Mache: Follower
4. Beberap orang otai tempatan yang turut serta

Lokasi Sungai Pusu nie terletak di Gombak. Aku ngan Die Mache dari PJ terus menghala ke Sungai Pusu di mana Abg Mat dan Fadhil dan menunggu. Setibanya aku di sana, beberapa otai tempatan telah lama menunggu dengan penuh kebosanan, sbb aku setengah jam lewat he..he..

So, tanpa melengahkan masa kami terus menuju ke tempat pintu gerbang (utk masuk dlm hutan). Kami perlu berjalan selama lebih kurang 2km untuk sampai ke gigi tasik/empangan. Korang tengok lah sendiri macam maner trek yang kami kena redah.... letih beb memang pancit!! 4km beb!!

Setelah 30 minit kami sampai di gigi tasik. Pergh... yang aku boleh ucap Subhanallah!! Cantik sungguh ciptaan Allah ini. Tasik yang air nyer mengalir tenang kehijauan.... xdapat nak dizahirkan dengan kata2. Sesampainyer kami, botak (boatman) telah menunggu dengan botnyer utk bawak kami pergi ke pulau berhampiran. Tengoklah betapa cantiknyer view dari atas bot yang aku amik....

Selepas 20 minit, kami sampai ker pulau yang dimaksudkan. Tempat baikk dah diambil orang, so kami venture port baru kat blakang pulau tersebut. Tapi masih lagi ok. Masing sibuk dengan meng'clear'kan kawasan dan memasang khemah.


Setelah lebih kurang 20 minit menghilangkan penat, kami memulakan aktiviti pancingan. Hanya cacing sahaja yang mendapat sambutan. Cengkerik dan dedak yang dibawa langsung tidak dijamah. Ikan liar nie, memang hanya makan cacing jer... Kami berjaya menaikkan beberapa ekor lampam, baung dan krai. Saiz sedang-sedang jer.
Manakala sebarau pula menggila menyambar poper. Sebarau bujang jer. Pada malamnyer, aktiviti membakar ikan-ikan fresh nie amat menghiburkan disamping maggi dan air kopi yang panas. Kami dihiburkan dengan lolongan ungka bersahutan.




Malam itu, masing2 tidur lebih kurang jam 4pagi. Sebabnnyer, sayang nak tinggalkan joran. tapi, aku memang pengsan malam tue. Letih beb.
Jam 7 pagi aku dikejutkan oleh teriakkan drag mesin2 yang lain. Sebarau tengah frenzy. Pergh.... memang menakjubkan melihat sebarau menyambar popper. Layan beb....Aktiviti diteruskan sehingga jam 11 pagi sebelum kami buat keputusan untuk balik. Sebelum tue, botak membawa kami pergi mandi jeram di hulu sungai, berdekatan dengan kelah santuary yang dibina oleh Pihak empangan. Dalam hati aku, macam maner ikan kelah nie nak membiak, ikan toman semua saiz gabak kat dalam nie, sehingga naik bot pun tangan xboleh nak bermain-main dengan air tasik. Takut disambar toman.
Tepat jam 1pm, kitaorg meninggalkan Empangan Sungai Pusu. Yang pastinyer, akan ada repeat mission disini. Walaupun, aku 3 hari jalan bengkang-bengkok sebab sakit paha menapak naik dan turun bukit. - Mae SK
Aku berbagroundkan kehijauan empangan
Hasilnya ..............................
Jamuan perpisahan .......................


7 comments:

razif hamzah said...

Nak join boleh. Newbie

razif hamzah said...

Nak join boleh. Newbie

Aiman Haziq said...

Mcm mana nk ke situ? Berminat nk g

Aiman Haziq said...

Mcm mana nk ke situ? Berminat nk g

Aiman Haziq said...

Mcm mana nk ke situ? Berminat nk g

Anonymous said...

Empangan klang gate nie boh.. Masuk ikut kemensah leh guna kapcai utk sampai ke gigi air.. Member ada boat kat situ.. Day trip 2 kepala rm 140 dan kalau 2 d 1 nite rm 400.. Cantik gi 5 org.. Cun cun 2 fiber utk suma pi layan casting.. Leh wassup 0132068580 utk set komplot.. Saya pun suka masuk sana cuma selalu susah nak dpt partner komplot sbb jln masuk dia adventure skit.. Kalau ada scrambler mmg terbaek lar..

razif hamzah said...

400 satu kepala ke. Mcm mahai je