"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Monday, May 4, 2009

Event On 30 April 2009 - Kolam Big Boss (Tasik Biru)

Salam semua ... Segala aktiviti memancing pada malam itu, adalah sama seperti sebelumnya dan tak perlu lah rasanya hamba menjelaskannya lagi. Syukur pada yang Esa kerana cuaca pada malam itu amat baik sekali ....amin... Team PK@CA yang hadir pada malam itu adalah CK & Wife (ikan=7), Nik G & Wife (ikan=3), @RK & Lah Bkt Lanjan (ikan=5) dan hamba sendiri (ikan=7). Pada keseluruhan prestasi ahli PK@CA pada malam itu boleh dikatakan OK laaa... sebab anglers lain pun lebih kurang kami juga.

Cuma ada sedikit kelainan akan kemeriahan memancing malam itu kerana, kami tidak menjangkakan akan menerima kunjungan mesra/mengejut dari sahabat-sahabat yang hadir memberi sokongan untuk aktiviti memancing team kami pada malam itu.

Sahabat yang datang "menziarahi" kami di kolam malam itu ialah, En Rafi (K'Mas), Abe Mat, Emi Bkt Lanjan bersama 2 lagi kawan yang kami lupa nama mereka (maaf ya), Ustz Ya (walaupun tidak dapat memancing malam itu tapi sempat singgah di kolam untuk seketika) bersama dengan Otai (kwn Ustz Ya) dan Adik Shid yang baru sampai dari klate (flight firefly jam 11.00 pm) pun turut turun ke kolam untuk bersama sama dengan Team PK@CA. Kami warga PK@CA ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua yang sudi "menziarahi" kami pada malam itu. Cuma sedikit kesedihan di hati kami kerana masih "kehilangan" setiausaha PK@CA Mae SK kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan untuk hadir bersama-sama pada malam itu.sekian.. tq and jumpa lagi......

Nota:

** (ikan=bilangan >>> ikan yang berjaya dinaikan pada malam itu)

No comments: