"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Sunday, May 31, 2009

First Mission - Kolam Mahaderas (Kg.Jelor, Pasir Putih - Klate)

Salam wahai sahabat yang dikasihi semua...Sempena cuti sekolah ini, hamba dan CK telah mengambil cuti selama seminggu untuk pulang ke kg. kami telah berkesempatan untuk turun memancing di kolam Mahaderas (Jelor, Pasir Putih - 31 Mei 2009) dan ini adalah kunjungan pertama kami ke kolam itu.

Aktiviti memancing pada kali ini, hanya dapat disertai oleh kami berdua sahaja dan Wenn Bundell, manakala ahli Team PK @ CA yang lain tidak dapat menyertai kami kerana semua tidak dapat cuti... (sayu hati hamba mengenangkan sahabat PK @ CA yang berada di Kuala Lumpur.....selamat menjalankan tugas..uwaaaaaaaaaaa......)

Baiklah..kita berbalik kepada cerita kolam Mahaderas, kami telah bertolak ke Jelor dari rumah, lebih kurang jam 12.30 pm dan kami telah sampai di sana pada jam 1.25 pm. Setelah membuat sedikit tijauan di sekitar kolam itu yang begitu luas sekali, kami dapati kira-kira 7 orang anglers sedang asyik merenung pancing masing-masing (macam haus aje bro?)..... Lepas sahaja menunaikan solat zohor, kami mula melabuhkan pancing dengan begitu ghairah sekali... (harap-harap ada lerr rezeki kami)

Setelah menunggu hampir sejam, hamba telah di kejutkan oleh bunyi drat sendiri dan seekor rohu kelihatan kelibatnya telah melompat di tengah kolam menandakan memang sah telah tersangkut di pancing hamba, syukur.......setelah 10 minit, akhirnya rohu tersebut telah berjaya dinaikan dengan berat anggaran 1 kilo lebih...selepas itu pancing CK pula telah menunjukkan belangnya dengan 'ngauman' draf yang begitu syahdu sekali, maka akhirnya CK telah menjaya menaikan rohu yang lebih kurang 1.6 kg beratnya...diikuti oleh tarikan dari Wenn Bundell. Bermula dari detik itu maka bermulalah episod tarik menarik di kalangan kami pada petang itu, yang mana cuaca agak panas sekali.

Pada jam 6.05 pm kami semua telah berkemas-kemas untuk pulang dengan hasil tangkapan yang agak lumayan juga (ok laa sebab kali pertama kan !!!) yang mana pelbagai jenis ikan telah berjaya kami naikan pada petang itu, iaitu ikan rohu, patin, pacu, keli dan lampan. Ck dengan bergayanya pada hari ini, telah menaikan pacu 3.4 kg dan keli 2.8 kg, yang mana pacu tersebut telah di bayar oleh tauke kolam RM 20.00 dan juga telah tersenarai dalam jackpot mingguan (tahniah CK...). Terdapat beberapa pic yang telah sempat hamba rakamkan untuk tatapan sahabat semua...semoga berjumpa lagi..MAJU LAH PANCING DEMI TEAM PK @ CA...salam & byeee...















2 comments:

ck said...

hari ini dlm sejaroh ni kelik ngail di kelate susuh nok cari kole pah tu mcm pengalame berlaku nok buleh ko ngail. turun pagi tgh hari baru buleh ngail.

Abe D said...

sabar aje laa ck... kawe pun raso gitu juga uwaaaaaaaaaaaaaaa....but hasil nyerr lumayan juga kan hehehehe