"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Saturday, July 4, 2009

Event Team PK @ CA ~ 3 Julai 2009 ~ Kolam Asli (Damasara Perdana)

A'kum & Salam sejahtera semua... Dah agak lama hamba tidak mencoretkan aktiviti Team PK @ CA di Laman Blog ini. Jadi izinkanlah hamba menceritakan detik-detik indah dan manis serta kecewa di Kolam Asli - Damasara Perdana pada 3 Julai 2009 (9.30pm - 2.30am).

Kehadiran malam itu agak ramai juga, iaitu Presiden Pk @ CA - Nik-G & Wife, Ck & Wife, @RK & mmmm (kena tanya dier dulu), Ustz Ya Rohu, Abe Daud, Abe Mat Smart (Yakk Bottea..opsss..), Emi Bkt Lanjan, Lah Bkt Lanjan dan kawannya dan semestinya Hamba sendiri...

Aktiviti malam itu bermula pada jam lebih kurang 9.30pm yang mana semestinya lahhh, pembuka majlis dengan tarikan penuh bergaya pada malam itu oleh CK dengan kehadiran patin bujang yang agak ganaz juga, namun CK berjaya menjinakannya untuk menjadikan ianya mangsa pertama pada malam itu, seterusnya di ikuti bunyian manja drat dari ahli Team PK @ CA yang lain.

Mangsa kami pada malam itu ialah patin, rohu, pacu, lekoh dan tidak ketinggalan juga ikan sensasi di kolam itu, Talapia ... jadi kami bersyukur pada yang Esa kerana kami diberikan rezeki pada malam itu ~ nampak gayanya makan nasi esok ada laa lauknya, kalo tidak nasi sahaja laa kami telan, syukur ~

Setelah selesai aktiviti memancing pada malam dan pagi itu (jam 2.30am), kami telah singgah di kedai mamak yang berdekatan untuk pekenakan teh -tarik sambil merancang aktiviti yang lebih sensasi untuk Team PK @ CA NANTI... tungguuu .... semoga jumpa lagi . bye and wasalam dari hamba...

nota :

Pic Abe Mat banyak dipaparkan di sini, supaya anak kesayangannya yang jauh di mata dapat menatapnya, agak kerinduan di hati akan terubat sedikit - "BELAJAR RAJIN2 YA NAK ~ Pesan Ayah"




















5 comments:

ck said...

kacau daun betul dok tgh garu gatal pun ambik gambar jugok

ck said...

kacau betul dok tgh garu gatal pun ambik gambar jugok

ck said...

kacau betul tgh garu gatal pun ambik gambar jugok

ck said...

kacau daun betul tgh garu gatal pun ambik gambar

ck said...

kacau daun betul tgh garu gatal pun ambik gambar