"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Saturday, July 11, 2009

Lawatan Tapak ( Pertandingan GP-Jurang) Kelab PK @ CA di Bkt Cerakah Shah Alam pada 11 Julai 2009

Pihak AJK Kelab PemancingKota telah membuat lawatan Tapak Di Bkt Cerakah Shah Alam. Ahli - ahli yang hadiri
ialah Nik-G & Wife, Abe Daud, Ustz Ya, CK dan hamba sendiri.

Kami telah tiba di destinasi jam lebih kurang 9.30am dan kelihatan begitu ramai juga pengunjung yang hadiri pada untuk pelbagai aktiviti riadah. Abe Daud telah berurusan dengan pihak Pengurusan Taman Botani tersebut untuk mengentahui akan prosedur-prosedur jika ingin menganjurkan pertandingan pancing di kawasan tersebut. Kami telah di maklumkan terdapat beberapa kolam di kawasan ini iaitu Empangan Baru, Kolam Air Kuning dan Kolam Danau.

Pihak AJK Kelab PK @ CA telah mencuba hanya dua dari 3 kolam tersebut untuk mengetahui jika boleh atau tidak dianjurkan pertandingan di kolam tersebut. Pihak AJK Kelab PK @ CA telah bersetuju untuk tidak menganjurkan pertandingan di Tempat ini kerana kami telah mengkaji beberapa kekangan dari beberapa aspek jika ingin juga diteruskan pertandingan di sini.

Kelab PK @ CA telah sebulat suara memutuskan akan menganjurkan pertandingan GP-Jurang di Kolam Asli - Damansara Perdana pada 19 Julai 2009mulai jam 09.00am hingga 02.00pm. Semoga apa yang dirancangkan akan diberkati Yang ESA ...amin.. semoga kita berjumpa pada hari pertandingan nanti.salam












1 comment:

ck said...

letih nyo hari tu. sapa senget bahu