"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Wednesday, July 22, 2009

PERTANDINGAN MEMANCING - Hari Keluarga Kelab PemancingKota - 19 Julai 2009

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera pembuka bicara dari hamba. Syukur kepada yang Esa kerana dengan izinNya maka dapat lagi saya membuat sedikit coretan tentang suasana kemeriahan Hari Keluarga Kelab PemancingKota yang telah diadakan pada 19 Julai 2009 di Kolam Asli Damansara Perdana.
Semua anglers telah datang ke kolam awal pagi lagi, walaupun pertandingan akan bermula pada jam 9.30am tapi kami semua telah hadir awal pagi lagi untuk mengambil tempat masing-masing dan juga membantu kerja - kerja yang sepatutnya. Semua anglers disediakan sarapan pagi dan juga makan tengahari (perghhh...lumanyan sih!!!).
Aktiviti pertandingan memancing pada pagi itu telah dimulakan pendaftaran peserta dan disusuli dengan taklimat ringkas oleh Penyelaras Pertandingan Kelab PemancingKota (sdr Nik-G - Presiden Kelab) serta akhir sekali bacaan doa selamat oleh Iman no 3 Surau Bkt Lanjan, Al-Ustaz En Daud supaya segala permulaan dan pengakhiran aktiviti memancing pada hari itu akan diberkati dan berjalan dengan sempurna..Amin.
Cuaca pada pagi itu amat panas sekali (mencabar beb...). Dipendekan cerita, juara keseluruhan dan tempat pertama pada hari itu adalah milik Lah Bkt Lanjan manakala tempat kedua milik Emi Kecik dengan membawa pulang 2 hamper besar (terpaksa sewa lori ker bro?). Pesta pada hari itu berakhir pada jam 3.15 dan para anglers pulang semua dengan senyum lebar sebab yang dapat tempat terkahir pun ada hadiah saguhati juga (hebat...hebat....). Jutaan terima kasih kepada pihak urusetia kerana sanggup berpanas pada hari itu (sampai merah muka ..panas beb!!!) dan semua yang terlibat dalam pertandingan ini. TERIMA KASIH SEMUA. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu, salam semua. Pic ada disertakan di bawah.

No comments: