"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Sunday, February 28, 2010

Kolam Pancing Seremban 2 (Kolam S2), Negeri Sembilan - 27 Feb. 2010

Alhamdullilah... sekali lagi hamba dapat mencoretkan sedikit sebanyak aktiviti Team PemancingKota@PK@CA pada kali ini, di harap semua sahabat yang selalu membaca halaman Blog ini juga sentiasa diberkatiNya. Team PK@CA telah bertolak dari KL lebih kurang jam 9.15am menuju ke Seremban 2, di mana cuaca pada pagi itu amat cerah sekali.

Kolam S2 ini hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja untuk sampai apabila kita exit di Tol Seremban. Menurut tuan punya kolam tersebut Mrs Tan, terdapat lebih dari 15 jenis spesis ikan air tawar yang terdapat di kolam itu, Team PK@CA hanya dapat menjinakkan patin,rohu,lekoh dan juga lampam sahaja. Bayaran untuk memancing di sini ialah RM35/= untuk 5jam+1jam free.

Hasil pada kali ini tidaklah banyak sangat tetapi cukuplah untuk menghiburkan hati kami semua, memandangkan ini adalah kali pertama kami hadir di sini, kira ok laaaaa. Kesimpulan yang kami boleh buat ketika memancing di Kolam S2 ini, ikan di sini lebih “galak” selepas pukul 3pm. Jadi bagi sahabat – sahabat yang ingin memancing di sini, kami syorkan datanglah memancing pada waktu petang dan malam.

Kami semua bertolak balik ke KL lebih kurang jam 4.30pm, insya’allah kami akan datang lagi di Kolam ini dan terdapat beberapa pic untuk tatapan sahabat-sahabat semua... salam semua. Terima Kasih.

3 comments:

TajiDaGreat said...

huhuhuhu... xajak pung... dah xingat kawe doh... xpa la... :(

ZAKIE KIMOTO said...

Salam bro, kolam s2 ni kat mana yek....saya dok kat oakland seremban...bg arah sikit bro...sy org baru di seremban..tq bro.

Hazim zull said...

Bro nk msk kene bayar ke atau free je