"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Tuesday, December 28, 2010

Pagi Patin Petang Rohu (2 dalam 1)

Asalamualaikum dan Salam sejahtera... Pembuka bicara hamba untuk semua, telalu lama Team PK@CA menyepi diri, bukan kerana merajuk atau tidak sehaluan TETAPI apakan daya tuntutan hidup menghalang kami semua untuk beriadah bersama-sama di tepi kolam.

Pada Pagi 19/12/2010 - Team PK@CA telah sebulat suara bersetuju untuk memancing di Kolam Big Boss Rawang yang mana ahli yang dapat hadir pada pagi itu ialah Nik-G, Abe Daud, Abe Zu, CK,Ustaz Ya dan hamba sendiri. Hasil pada pagi itu agak lumayan juga dimana semuanya adalah patin lebih kurang 18 ekor.

Pada Petang 19/12/2010 - Team PK@CA yang terdiri dari Abe Daud, Nik-G dan hamba sendiri telah membelasah rohu pula di Kolam Asli Damasara Perdana. Hasilnya ialah 14 ekor rohu berjaya dinaikan.

Kesempatan ini juga, kami Team PK@CA ingin mengucapakan selamat bertugas di tempat baru untuk CK, walaupun jauh di mata namum tetap di hati serta untuk semua sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan Team PK@CA ... SELAMAT TAHUN BARU 2011 untuk anda semua !!!

1 comment: