"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Monday, February 2, 2009

Repeat Mission pada Hari Wilayah

Hari nie, aku ngan Die Mache n Cikgu Kamal (anglers baru) menuju ke Kolam Asli Damansara. Kami masuk jam 3 petang. Sehingga jam 6, aku ngan cikgu kamal xder hasil langsung. Bukan stakat drag xbunyik tapi dah bertukar menjadi bangau. nasib baik xsempat terbang. Tatapi, Die Mache, dapat gak 2 patin remaja dan 2 tilapia merah dewasa.

Ditambah lagi dengan hujan yang bukan renyai2, tatapi lebat giler. Nyaris2 pencawang tue aku tengok nak tombang jer. Kalau betul tombang, habis ikan satu kolam kena karan ngan kami skali.

Akhirnya pada jam 7 ptg, selepas dah tutup akaun, baru ler drag aku berbunyik, ooh xrosak rupanyer.. aku ingatkan rosak. Dapatlah seekor rohu bujang sebagai lesen. Nasib baik....! Akan tatapi Cikgu Kamal, lesen anda telah digantung selama seminggu kerana xberjaya dalam misi ini. dalam kesejukan hujan itu, aku teringat kepada maggi panas. Mungkin kalo ada maggi pada ketika ini, ia akan menjadi maggi kedua yang paling sedap selepas maggi di Sungai Pusu. - Mae SK

3 comments:

Die Mache said...

cikgu kamal !! hujung minggu nie ada buat kelas memancing ker dekat sekolah ?

Cikgu Kamal said...

Ado kalih. Bakponyo? Demo nok sponsor makanan ko?

Die Mache said...

ambo tok lih .. sebab minggu niee ada kelas tpt lain, lain kali laa ambo ajar macam mano nak tarik biar drat bunyi slow tapi ikan naik lebih 3 kg cc mae sk ... yak...