"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Friday, March 27, 2009

1st Mission: Kolam Danau Biru, Bangi

Terlebih dahulu, sekalung maaf dari PK@CA kerana lambat untuk mengupdate kan mission yang telah lama berlangsung. Ok, pada kali ini, trip hanya disertai oleh saya dan Die Mache sahaja. Sebabnya.... trip ini dilakukan ketika kami sedang berkursus di salah sebuah hotel di Bangi. Alang2, bwk set joran skali.

Pada sebelah petang, time break bergegaslah kami pergi mencari kolam pancing di kawasan sekitar (bangi). Selepas dua tiga kali tanya orang, terjumpalah Kolam Danau Biru. Kolam ini terletak dekat dengan tol bangi, kalau dari highway masuk tol utk ke Bangi, ia terletak di sebelah kanan jalan. Gambar kolam pada waktu siang seperti di bawah.




Setelah proses recky selesai, kami kembali semula berkursus dan dtg semula pada malamnya. Bayarannya kalu tak silap, RM 26 untuk 4 jam. Kalu salah minta DM betulkan. Setelah sejam berlalu, tiada sebarang getusan pun apatah lagi untuk drag berbunyi. Kami buat keputusan untuk pindah ke port di hujung kolam sedikit. Selepas itu barulah drag berbunyi. Di mulai dengan drag DM yg berjaya membawa naik patin saiz medium megatron. Disusuli dengan aku dengan hasilnya beberapa ekor Kap yg saiz sebesar tapak tangan DM.




{D Mache} >>> Pok amai - amai, belalang kupu - kupu

Datang mancing ramai-ramai, Tapi yang tarik hanya aku




{Mae SK} >>> Air pasang dalam, surut pukul lapan,

Termenung tepi kolam,Tengok member dapat ikan








Pada jam 3 pagi kami beransur pulang dengan hasil tangkapan sebanyak 5 ekor shja. Kami sedekahkan kepada seorang pelajar UKM yang turut sama mancing pada malam itu. Keesoknnya rabak bijik mata aku dalam ceramah. DM bolah bantai tido.... Xadil!! Salam....

4 comments:

Anonymous said...

aku n kengkawan aku pernah pergi kat kolam Danau Biru ni. yang paling aku tak pernah lupa dengan dia punya org yang jaga kaunter tu. mmg betul2 kurang ajar dan sombong giler. biasala klu org first time dtg mst nak tanya payment. org tu dgn kurang ajarnya tak jawab apa2 pastu cuma muncung kan mulut tunjuk papan yang tulis bayaran tu. klu setakat mcm tu aku pun blh baca. tp yg paling bengang asal tak boleh jwb elok2!!! dah ar tgk tv mcm org tak nak meniaga!!! ini lah satu2nya kolam yang paling2 kurang ajar yg pernah aku pergi. lepas pada tu aku ngn kengkawan tak pernah jejak langsung kat kolam nie. for tauke DANAU BIRU sori...aku betul2 bengang!!

Anonymous said...

Memang betuii pun bro.... wapun kena juga kat situ..hampehhhhh

Anonymous said...

yup aku sokong.... yang jg kolam tu cm gampang...... xmesra langsung. blagak n sombong gler.

Anonymous said...

org cam tu ade baiknya dicampak jer dalam kolam tuuu.bio padan ngan mukanya