"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Monday, May 25, 2009

Event pada 23 Mei 2009 - Damasara Perdana - Kolam Asli

A'kum dan salam sejahtera semua sahabat... Team PK @ CA sekali lagi menziarah kolam pancing di Damasara Perdana (Kolam Asli - 2pm - 6.15pm). Ahli Team PK @ CA yang hadir pada hari itu ialah Nik-G & Wife, CK & Wife, Ustz Ya & myself sendiri (D Mache). Cuaca pada petang itu amat panas sekali, sehangat hasrat hati kami yang begitu membara setelah sekian lama tidak mengunjungi kolam itu. Tidak ramai anglers lain yang ada di kolam pada hari itu, maybe 10 orang sahaja termasuk kami. Pada jam 2.45 pm kami mulai melabuhkan pancing masing-masing dengan perasaan yang mengebu-gebu di hati kami, belum sempat hamba meletakan jorang di atas besi untuk tegangkan tali ("ca'gak Y") hamba terasa mata pancing hamba telah di rentap begitu rakus sekali oleh ikan (dalam hati hamba terdetik..mesti patin yang gersang nie...) dan memang seperti dijangkakan, lebih kurang 5 minit, muncul lah si patin yang saiz sekilo lebih.....syukur..

Seterusnya mata pancing Team PA @ CA yang lain pun turut sama direntap oleh patin, rohu dan talapia...syukur pada yang Esa.. setidak-tidaknya kami tidak pulang tangan kosong pada hati ini. Aktiviti kami terpaksa dihentikan pada jam 6.15pm sebab cuaca tidak mengizinkan, langit dan mulai gelap, guruh mulai berdentum, jadi elok lah rasanya kami mengundurkan diri dan kami semua berpuas hati dengan rezeki pada petang ini. Pada minggu hadapan beberapa orang Team PK @ CA akan pulang ke kampung (cuti sekolah) dan kami merancang akan mencuba nasib @ membelasah di kolam baru (negeri Cik Siti Wan Kembang - 'Area Gold Sand'), tapi orang kata lain padang lain belalang kan? TAPI kita tengok lah hasilnya nanti.... Pic untuk event pada 23/5/09 ada disertakan di bawah untuk renungan @ tatapan bersama.. jumpa lagi..salam


yes!!yes!!
Hok demo ko, hok kawe nie?
Yakk bottea, sampai seberang sana ko?
Hati-hati CK !!
Ustz Ya , "rehat japsss" !!
Tolong bagi upe bom
Lumanyan pak!!
Gandingan mantap
kalo tak 9.2kg, sah 9.9kg lepas nie
Perghhh.. balingan maut, yakk kabel elektrik pulok..
Baling tengoh, dier(ikan) main tepi pulak..adusss
Panas tu CK..
Terbentang luas....
Joran yang gah,menanti mangsa seterusnya
Panas sungguh petang nie!!
Gaya seorang pemancingkota
Kita tengok upe sapo lebih hebat...

2 comments:

ck said...

besarnyo ike hok presss kito buleh tuuuuuuu.

Anonymous said...

besar...bosar.... bisa bo'nar..hehehehe