"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Saturday, August 15, 2009

KBB (TASIK BIRU) - 14 Ogos 2009

Salam kepada semua sahabat yang masih setia mengikuti perkembangan Team PK@CA. Team PK@CA telah sepakat untuk turun sekali lagi di KBB untuk kali terakhir sebelum ‘menjelmanya’ bulan ramadhan yang mulia. .... Syukur pada yang Esa, Dengan limpah kurniaNya, insya’allah kita semua dapat menunaikan ibadat sebagai seorang muslim yang mana ianya adalah salah satu dalam rukun Islam..amin.

Team PK @ CA yang dapat hadir pada malam itu terdiri dari Nik-G & Wife, CK & Wife, dan Hamba sendiri. Ikan yang berjaya kami ‘tarik’ pada malam itu ialah Patin (25 ekor) dan Rohu (3 ekor), yang mana kami pun hampir tidak percaya yang mana purata setiap patin yang kami tarik adalah melebihi 2.5kg/ekor. Keseluruhan berat ikan malam itu melebihi 50kg (kenapa anda tidak percaya?).

Akhir sekali kami semua warga PemancingKota ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Gambar untuk ‘event’ malam itu ada disertakan dibawah. Tks....wasalam.

No comments: