"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Saturday, August 8, 2009

Tempat Biasa – Kolam BB (Tasik Biru) - 7 Ogos 2009

Salam semua .... Syukur pada yang Esa, Dengan limpah kurniaNya maka dapat sekali lagi kami menikmati “kepuasan hidup” sebagai seorang PemancingKota.

Team PK @ CA yang dapat menzahirkan diri di KBB pada malam tersebut terdiri dari Nik-G & Wife, CK & Wife, Abe Zu, Abe Mat (Penghulu Team PK@CA),Lah Bkt Lanjan, Abe Daud, Anje’ dan Hamba sendiri. Keseluruhan prestasi anglers PK @ CA agak kurang sikit berbanding pada minggu lepas, walaupun secara keseluruhannya semua anglers dapat “menarik”. Kesayuan jelas terukiR di wajah Lah Bkt Lanjan, kerana beliau dah 2 minggu mencuba TAPI masih belum dapat "membuktikan" kejaguhan sebenar beliau di KBB...sabar laa.. itu semua cubaAN sebagai seorang PemancingKota..(AMBO KATA NIE BKN KERANA AMBO...TIDAKKK..)

“Mangsa” kami malam itu adalah spesis biasa iaitu kesemua Patin cuma se’ekor Rohu sahaja (itu pun tersangkut atas belakang masa tarik..opsss), anggaran kasar lebih kurang 20 ekor lebih. Boleh laaa beb...

Disertakan pic dibawah untuk renungan bersama.

No comments: