"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Sunday, August 2, 2009

Kolam BBK - 30 Julai 2009

Salam semua.... Pada 30 Julai 2009 Team PK@CA telah menziarahi Kolam Big Boss di Tasik Biru sekali lagi atas permintaan Lah Bkt Lanjan (bekas juara Kolam Asli- pesta hari keluarga PK@CA). Atas dasar persahabatan yang begitu utuh dan kasih maka kami semua memenuhi permintaan beliau.

Anglers PK @ CA yang hadir pada malam itu ialah Presiden PK@CA iaitu Nik-G & Wife, CK & Wife, Ustz Ya Rohu, @RK & Temannya, Emi Kecik, Abe Zu, Lah Bkt Lanjan dan Hamba sendiri. Keseluruhan prestasi anglers PK agak bagus kerana semua dapat menarik ikan, walaupun “kecik” ok laaaaa dari tak dapat terus kan ..hehehehehe.

Ikan yang kami berjaya tewaskan malam itu adalah seperti biasa iaitu Patin, rohu, pacu dan tongsan sisik halus, jumlah keseluruahan ikan pada malam itu lebih kurang 20ekor dan dalam anggaran berat 30kg kesemuanya. Walau bagaimana pun ada sedikit kekecewaan di hati “bekas juara” kerana prestasi beliau kurang menyerlah pada malam itu, TETAPI hati beliau terubat jua dengan foto bersama tongsan sisik halus 4.3kg (kawe bagitau berat nie bukan kerana ike tu hok kawe....tidakkkkk gu weyyy..hehehehe), Bak kata orang tua-tua, lain padang lain belalang atau langit tak selalu cerah ....sabarlah.. Pesan untuk Lah Bkt Lanjan....lain minggu cuba lagi..sabar ya :)
Disertakan pic dibawah untuk tatapan bersama.



No comments: