"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Sunday, September 13, 2009

Perginya Seorang Wira Negara - Jumaat 11/09/2009 (21 Ramadhan 1430)

AL-Fatihah buat juruterbang TUDM iaitu Mejar Mohd Zulkifli Hassan dan Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Esa. Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa adalah ‘classmate’ hamba semasa di Sek Men Hamzah, Machang, Kelantan. Panggilan manja arwah semasa di sekolah adalah Pak Kadar dikalangan sahabat-sahabat semua. Dikesempatan ini saya sebagai wakil ‘class 5P 1988-89 Hamzah’ mewakili sahabat – sahabat yang lain iaitu Uztaz Yusliki, Azhar Kubing, Man Panglima, Kamal Kocel, Pak Da, Zaidi Black, Ujang, Giro dan lain-lain sahabat, yang tak termampu hamba nyatakan disini ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan segala kenangan semasa bersama beliau kami akan abadikan dalam ingatan sanubari masing-masing.... “ TIADA YANG KEKAL DI ALAM INI.... DARI DIA, KITA DATANG DAN KEPADA DIA JUA KITA KEMBALI..AMIN “ Ingatan Dari Sahabatmu D Ma'chel

No comments: