"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Tuesday, October 27, 2009

Kunjungan kasih merangkap gian membara...

Kunjungan kasih merangkap gian membara serta perjumpaan mesra raya (walaupun detik bulan syawal dah berlalu) Team PK@CA telah mencetuskan idea dan jesteru itu telah merealisasikan impian kami semua untuk berkunjung di Kolam Seven Lake di Beranang pada 25/10/2009, yang mana Team PK@CA ini tidak berapa aktif untuk aktiviti memancing semenjak bulan Ramadhan lagi.

Pada awal pagi sekitar jam lebih kurang 7.00 am Team PK@CA yang terdiri dari Nik-G & Wife, Cikgu Kamal (CK) & Wife, Abe Daud, Ustz Ya dan hamba sendiri telah berkumpul di kedai Kelah Bukit Lajan untuk bertolak ke 7 Lake sambil menikmati 'bekfes' iaitu secankir kopi dan sekeping roti telur di kedai tersebut. Hampir jam 8.00 am kami semua telah bertolak ke destinasi impian kami iaitu Kolam Seven Lake dengan seribu impiam agar segala fantasi kami untuk mendapat ikan di kolam tersebut akan menjadi realiti, walaupun kami semua dah terlebih umur untuk memasuki akedemik Fatansia, tak apalah....maka kami tukarkan fantasi menjadi realiti di Kolam Pancing aje laaaa.....

Lebih kurang jam 9.00 am kami sampai di sana dan terdapat beberapa anglers yang ada di situ, pancing kami dilabuhkan di persada kolam yang sedia menunggu rentapan syahdu kami nanti, dipendekkan cerita rentapan syahdu pertama adalah menjadi milik CK dengan sekor patin mudo trann tang tang gitu dan seterus di ikuti oleh hamba sendiri dengan sekor patin yang berat lebih kurang sekilo lebih (kira-kira ikan yang paling besar laaa dalam Team kami hari itu..Yakkkk Botteaaa) dan seterus nya Abe Daud pulok menunjukkan skilnya yang tersendiri dengan berjaya menaikan sekor rohu dara jelita gitu....kami semua telah menghentikan aktiviti TARIK MENARIK jam lebih kurang 1.45 pm dan selepas itu kami dengan sedikit keletihan bertolak balik ke kuala lumpur

Tidak setakat itu aje....ada sambungan lagi beb.... selepas pulang ke rumah dan selesaikan apa apa yang patut..jam lebih kurang 4.30 pm kami semua telah turun sekali lagi ke Kolam Asli Damasara Perdana pulak..... kira 2 games laa hari ini..waduhhhhh gilakkkk..betuiiii betuiii gilakkkk punya kerja...

Cuma Abe Daud aje yang tidak dapat turun 'padang' sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan, di ganti dengan Abe Zu. Di kolam Asli, Nik-G, CK dan Ustz Ya telah berjaya menaikkan beberapa rohu, cuma hamba aje yang hausssssss... waduhhhhhh.....tarak rezeki hamba nampaknya pada kali ini di kolam ini...huk..hukkk..jam 7.00 pm hamba mohon izin untuk mengundur diri dan hanya tinggal ahli Team PK@CA yang lain meneruskan perjuangan di kolam itu..dan hamba telah dikejutkan dengan sms pada jam 8.30pm dr saudara Nik-G yang mengatakan Ustz Ya telah menganas dengan menaikan rohu 3 kilo ++ .. huyooooo...Akhir sekali sebelum hamba mengundur diri untuk kali ini..hamba sertakan juga beberapa pic untuk tatapan sahabat semua ...a'kum dan salam one malaysia......


2 comments:

ck said...

letih tapi puah hati buleh tarik hok besar

Anonymous said...

letih tapi puah hati buleh tarik hok besar