"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Sunday, January 24, 2010

Bukan merajuk atau hati Terluka TETAPI

Salam semua .... Setelah begitu lama menyepikan diri, bukan merajuk atau hati terluka TETAPI disebabkan kesibukan tugas masing-masing, akhirnya pada pagi 24 Januari 2010 Team PemancingKota @ CA @ PK telah melakukan ‘serbuan’ (sure kecoh) di Kolam FISH VALLEY, SEMENYIH. “Mangsa” kami pada kali ini adalah spesis biasa iaitu talapia merah, tilapia hitam, rohu, lampam dan tongsan sisik kasar – BESARRRRRR PUNYAAAA......

Tarikan demi tarikan dilakukan oleh keseluruhan ahli Team CA @ PK dibawah sinaran suria yang begitu TERIK sekali. @RK, Ustaz Ya, adik Loh dan CK telah menunjukkan prestasi yang amat memberansangkan , sehinggakan lenguh jari jemari mereka mengentil dedak. Waduhhhh pak lumayan sekali.

Untuk makluman semua, ini adalah kunjungan pertama kami di sini, harap-harap ini bukannya lambaian terakhir kami di kolam ini dan keseluruhan hasil tangkapan pada kali ini agak lumayan juga. Sebelum hamba mengundurkan diri, kami semua amat-amat bersyukur pada yang Esa, Dengan limpah kurniaNya maka dapat sekali lagi kami menikmati “kepuasan hidup” sebagai seorang PemancingKota.

Mungkin pic ini dapat menjelaskan suasana kami di kolam FISH VALLEY, SEMENYIH



2 comments:

Anonymous said...

edisi yang sangat seronok...sapa lenguh tgn gote upe

ck said...

panas tapi seronok