"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Sunday, April 25, 2010

Hampir sebulan tidak kedengaran cerita tentang Team PemancingKota...

Asalamualaikum & Salam Sejahtera pembuka bicara hamba. Setelah hampir sebulan tidak kedengaran cerita tentang Team PemancingKota, maka izinkan hamba untuk melakarkan sedikit sebanyak peristiwa pada 25/04/2010 di Kolam Big Boss, Tasik Biru, Rawang.

Pada kali ini hanya 4 orang sahaja Team PK@CA yang dapat menzahirkan diri di kolam yang penuh dengan misteri ini. GG Pacu, Anak Loh Bkt Lanjan, CK dan hamba sendiri, adalah nama-nama yang tidak asing lagi bagi Team PK@CA. Kami semua telah memulakan majlis di kolam itu pada jam 12.30am.

Edisi pada kali ini dimulakan dengan bergaya oleh CK dengan tarikan patin pertama iaitu tidak sampai 20 minit untuk lontaran pertamanya beliau, hebat...hebat... Seterusnya ahli – ahli yang lain turut mengikuti jejak beliau dengan tarikan demi tarikan dengan penuh bergaya tapi tidak sampai tahap riak dan takbur. Syukur pada Allah Taala kerana cuaca pada pagi itu sungguh baik sekali, cuma panas sedikit sehingga memaksa GG Pacu memancing tanpa baju, panas..panas.... panas segala-galanya hehehe..sabar wahai sahabat. Contohilah macam Alif Firdaus, dalam cerita Alif Firdaus setiap malam jumaat 9.00pm di TV3 ...sabar ...sabar...

Kami semua menutup tirai memancing di kolam tersebut apabila azan subuh berkumandang. Hasil pada malam itu ialah patin, rohu dan tongsan (besar punyaaaa. ~ siapa yang berjaya mendapatkan tongsan (5.3kg) itu, biarlah rahsia..~ ). Semoga kita berjumpa lagi dengan cerita yang lebih menarik dari Team PK@CA dan maaf jika ada kata-kata yang dicoretkan disini telah menguris hati mana-mana pihak. Diserta pic di bawah untuk tatapan semua. ~end~

No comments: