"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Saturday, January 15, 2011

10 Safar 1432 H ==> Dua malaikat….Sayangnya Allah Pada Kita!

RASULULLAH S.A.W bersabda dalam satu hadisnya yang bermaksud, “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan. Katanya, “Apakah yang harus aku catit?”
Kata malaikat di sebelah kanan, “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan lima kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,”Kalau ia telah melakukan lima kesalahan, apa yang harus aku catitkan?”
Jawab malaikat kanan, “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah lima kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya lima pahala lagi.”
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, “Jika begini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?.”
Demikianlah rahmat Allah pada hamba-Nya, kasih sayang-Nya melimpah ruah tiada terbatas. Hanya hamba-Nya sahaja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.“

No comments: