"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

"Dimana ada kolam, Disitu ada Kami" "Wherever the ponds are, There we will be"

Monday, January 17, 2011

Kolam Pancing Warga Emas, Seksyen 24, Shah Alam.

Assalamu’alaikum & Salam satu malaysia… Pada 17 Januari 2011 Team PemancingKota – PK@CA telah berkunjung buat kali julung kalinya ke Kolam Pancing Warga Emas, Seksyen 24, Shah Alam. Kami sampai di kolam itu sekitar jam 9.45am dan lebih kurang jam 10.15am kami mula melabuhkan pancing masing – masing. Antara sahabat yang dapat hadir pada pagi itu ialah Nik-G & Wife, Abe Daud, En Badrol & Wife, Yie Nawang, Sheikh Al-Fadil, Abe K dan hamba sendiri.

Untuk dua jam yang pertama kami semua “haussss” , tapi tak mengapa, sebab kali pertama datang dan kami semua tidak tahu lagi “rentak” di kolam ini. Lebih Kurang jam 1.00pm barulah Yie Nawang membuka tirai “kegersangan” kami semua dengan tarikan pacu yang melebihi 1kg…alhamdulillah….. di saat-saat kami semua hampir berputus asa, diberikan jua rezeki oleh Nya.

Selepas itu, tarikan demi tarikan oleh semua ahli PK@CA, spesis ikan yang kami dapat “dijinakkan” pada kali ini ialah rohu, patin dan tidak terkecuali ikan MBSA – ikan bandaraya daaa….. apa – apa pun kami semua telah mengkaji teknik yang sesuai digunapakai untuk memancing di kolam ini dan insyallah kami semua akan datang lagi di kolam ini…Akhir sekali, hamba menyusun sepuluh jari jika terdapat coretan pada kali ini menyinggung perasaan mana mana pihak..salam

No comments: